TIMBALAN Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Sasikala Devi a/p Subramaniam hadir memenuhi undangan ke Majlis Perayaan Chitra Pournami 2024, Pelabuhan Klang, pagi semalam.
Perayaan ‘Chitra Pournami’ ataupun mini Taipusam merupakan salah satu perayaan penting bagi penganut agama Hindu di negara ini, dimana ianya disambut bagi memperingati kelahiran seorang pembantu Dewa yang dilahirkan ketika bulan penuh.
Perayaan Chitra Pournami turut disertai dengan pembawa kavadi serta diiringi dengan perarakan.
Kehadiran Timbalan Ketua Polis Selangor juga turut memeriahkan lagi majlis, di mana berkesempatan beramah mesra bersama penduduk setempat dan disambut baik oleh pengunjung yang hadir dalam perayaan tersebut.
Hadir sama, ACP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Selangor, ACP Somu a/l Subramaniam; Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong; Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Supt. Saravanan a/l Velu; Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) Klang Selatan, DSP Jodie Yap Siew Wen; Ketua Unit MPV IPD Klang Selatan, ASP Subramaniam a/l Munusamy; dan Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Klang Selatan. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!