BERITA UTAMA

Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.

Media sebelum ini melaporkan, suspek disambung reman lima hari bermula Selasa sehingga Sabtu ini.

Astro Awani melaporkan, tempoh tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi 14 April lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari tanah suci di balai ketibaan antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, salah satu das tembakan itu mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu selepas 36 jam melarikan diri.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *