BERITA UTAMA

TLDM kongsi gambar 10 mangsa terkorban

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkongsi gambar 10 mangsa yang meninggal dunia susulan tragedi dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, semua 10 mangsa itu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru helikopter Fennec.

Pada masa sama, TLDM menegaskan dan meminta orang ramai supaya tidak menularkan foto dan video bagi menjaga sensitiviti serta privasi keluarga.

Jelasnya, ia juga bagi tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Senarai anggota dan pegawai TLDM yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas:

Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) Tujuh orang kru:

Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) Tiga orang kru:

Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *