BERITA UTAMA

Akhirnya proses yang mengambil masa berbulan membuahkan hasil – Fahmi

HARI ini (23 April 2024), Kementerian Komunikasi melalui FINAS Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memeterai MoU untuk sediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada 4,500 penggiat seni, terutamanya dalam bidang perfileman.

Ini merupakan langkah awal ke arah menjamin keselamatan sosial pekerjaan golongan terbabit.

Menerusi MoU hari ini, kita tidak hanya membantu untuk mereka mencarum, tetapi turut menggalakkan setiap pekerja seni mendapatkan perlindungan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Nilai caruman bagi setiap individu adalah sebanyak RM232.80 setahun.

Untuk tahun ini, 90 peratus nilai caruman ditanggung oleh pihak kerajaan.

Manakala seperti saya umumkan tadi, baki 10 peratus lagi ditaja oleh FINAS.

Saya harap MoU ini akan membawa impak yang positif untuk mengorak langkah seterusnya dalam meningkatkan taraf kehidupan serta kesejahteraan para penggiat seni. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *