PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, hari ini.
Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar semua mangsa yang terkorban mendapat keampunan serta dirahmati Allah.
“Semoga seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kesabaran dan ketabahan atas ujian besar ini.
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali,” katanya menerusi Facebooknya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Yusoff menyatakan, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa itu.
Katanya, beliau dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian yang besar ini dan marilah sama-sama kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.
Nahas itu berlaku ketika semua mangsa dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!