BERITA UTAMA

10 maut, dua helikopter bertembung di Lumut

KUALA LUMPUR – Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terlibat dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.50 pagi.

“Setibanya di lokasi bomba mendapati terdapat kejadian pertembungan dua buah helikopter.

“Sebuah helikopter (Fennec) dinaiki tiga orang manakala satu lagi jenis HOM dinaiki tujuh orang.

“Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat,” menurut kenyataan itu.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan Menteri Pertahanan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.- ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *