BERITA UTAMA

PN terima Parti Rakyat India Malaysia 

KUALA LUMPUR –  Perikatan Nasional (PN) menerima secara rasmi Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sebagai anggota penuh.

Presiden MIPP, S.P. Punithan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan di atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh parti-parti anggota PN iaitu Bersatu, Pas, Gerakan dan SAPP untuk menerimanya.

“Kita imbas kembali sejarah, tahun 1954 menyaksikan pertama kali sebuah parti berasaskan kaum India menyertai gabungan parti perikatan.

“Selepas 70 tahun, sejarah baru dilakar dalam arena politik negara yang menyaksikan Parti Rakyat India Malaysia menyertai gabungan parti PN,” ujarnya dalam hantaran di Facebooknya, malam ini.

Ini, katanya bukan sahaja satu pengiktirafan, malah mesej jelas PN memberikan keutamaan kepada kaum India yang juga masyarakat ketiga terbesar di negara ini.

Tambahnya, suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Katanya lagi, MIPP juga komited dalam merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India.

“Saya menyeru masyarakat India memberikan sokongan kepada PN untuk masa depan yang lebih cerah,” ujarnya. – ND 

 Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

mcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *