BERITA UTAMA

Lelaki mati ditembak ketika berdoa di pusara ayah di Yala 

YALA (SELATAN THAILAND) – Ketika suasana Aidilfitri masih diraikan oleh umat Islam, serangan puak pemisah ke atas penduduk Islam di Selatan Thailand khususnya mereka yang bekerja dengan pemerintah negara itu berterusan.

 Terbaru seorang anggota RELA, Ruslee Daleng mati ditembak ketika sedang membaca al-Quran di pusara ayahnya di Ban Charok Pae, Mu 3, Daerah Tan To, Wilayah Yala.

 Menurut laporan media di wilayah itu, keluarga mangsa mendakwa, Allahyarham ditembak di bahagian kepala oleh dua lelaki bertopeng yang dipercayai puak pengganas.

 Mereka menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kejam kerana ia dilakukan di dalam kawasan perkuburan dan lebih malang lagi mangsa dibunuh ketika menziarahi kubur ayahnya.

 Penduduk berkata, Allahyarham Ruslee adalah seorang yang baik dan tidak pernah bermusuh dengan mereka.

 Kejadian itu mengingatkan kembali penduduk terhadap kes seorang wanita RELA ditembak ketika berniaga di bazar Ramadan di wilayah itu.  Ia juga dikatakan ada kaitan dengan puak pengganas.

 Pihak keselamatan menganggap apa yang dilakukan puak pengganas adalah tidak wajar sama sekali dan sekaligus membuktikan mereka sanggup mencemarkan bulan-bulan suci umat Islam.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *