Debu gunung berapi Ruang potensi jejas ruang udara Malaysia

IMEJ menunjukkan detik-detik terjadinya letusan gunung berapi Ruang yang terletak di Sitaro, Sulawesi Utara.

Gunung berapi jenis strato yang berketinggian 725 meter dari paras laut itu telah mula meletus sejak 16 April lalu dan aktivitinya masih lagi aktif sehingga ke hari ini.

Kali terakhir gunung berapi Ruang meletus pada tahun 2002.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada masa ini, Indonesia telah mempertingkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (AWAS) dan menjangkakan Ruang akan terus aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

Kesan letusan gunung berapi Ruang telah menjejaskan penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan unjuran model Hysplit dari National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) yang bermula dari 02:00 am 18 April 2024, haluan debu gunung berapi dijangka boleh memberikan kesan signifikan terhadap ruang udara di Malaysia terutama di Sabah.

Keadaan ini dijangka boleh berterusan sehingga 21 April 2024. Bagaimanapun, unjuran masih tertakluk dengan sebarang perubahan. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sumber: Facebook Astronomi & Sains (Muhammad Syafiq)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *