Langit Asia Barat ‘terbuka’ kepada pesawat Israel, kata menteri pertahanan

BAITULMAQDIS – Pesawat pejuang Israel beroperasi di mana-mana di Asia Barat, kata Menteri Pertahanan, Yoav Gallant semalam di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan Iran.

“Pesawat Tentera Udara beroperasi di mana-mana, langit Asia Barat terbuka,” kata Gallant kepada pasukan tenteranya di utara Israel.

“Mana-mana musuh yang akan melawan kami, kami akan tahu bagaimana untuk bertindak balas di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam kenyataan dipetik akhbar The Times of Israel.

Agensi Anadolu melaporkan Iran melancarkan rangkaian dron dan peluru berpandu ke atas Israel Sabtu lalu dalam serangan dikatakan Tehran sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mana sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

Israel berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan Iran.

Semalam Raja Jordan Abdullah II berkata negaranya tidak akan menjadi medan perang untuk Israel dan Iran.

Isnin lalu, Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berikrar akan melancarkan serangan balas lebih kuat” dan “luas” terhadap sebarang serangan tentera Israel.

Israel dan Iran adalah musuh serantau dengan permusuhan berlarutan berdekad-dekad dan saling menuduh melakukan serangan. – AGENSI

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *