Kilat, hujan lebat ragut 41 nyawa di Pakistan

LAHORE – Sekurang-kurangnya 41 terkorban dalam insiden berkaitan dengan hujan lebat di sekitar Pakistan sejak Jumaat lalu, termasuk 28 maut akibat panahan kilat, kata pihak berkuasa kelmarin. 

Pihak berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) di Pakistan telah memberikan amaran mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerana lebih banyak hujan dijangkakan dalam masa beberapa hari akan datang.

Punjab, wilayah paling besar dan padat penduduk di Pakistan mencatatkan angka kematian paling tinggi, dengan 21 maut antara Jumaat dan Ahad lalu.

“Saya sudah meminta pihak NDMA untuk menyelaraskan dengan wilayah…dan juga menyediakan barangan bantuan ke kawasan di mana kemusnahan telah berlaku,” kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif kelmarin.

Penduduk di kawasan luar bandar dan terbuka adalah lebih berisiko dipanah kilat ketika ribut petir.

Sekurang-kurangnya lapan terkorban di wilayah Balochistan, termasuk tujuh dipanah kilat, di mana 25 daerah dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan banjir.

Semua sekolah di wilayah terjejas diarahkan tutup kelmarin dan semalam, menangguhkan kepulangan pelajar selepas cuti Aidilfitri baru-baru ini.

Empat terkorban dalam kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan jalan dilanda banjir di selatan wilayah Sindh.

Seramai lapan lagi terkorban di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, termasuk empat kanak-kanak, ketika beberapa rumah roboh dalam hujan lebat.

Pengerusi Parti Rakyat Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari, ketika bercakap kepada media tempatan, telah mempersalahkan perubahan iklim bagi peningkatan dalam insiden kilat.

Pakistan telah semakin terdedah kepada corak cuaca di luar jangkaan, termasuk hujan monsun yang memusnahkan yang biasanya muncul pada bulan Julai. — AFP

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *