GUA MUSANG – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Datuk Mohd Nasri Omar mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini, semalam sempena Op Selamat 22.
Kehadiran beliau bersama delegasi JSPT Bukit Aman disambut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo dan barisan warga kerja JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan IPD Gua Musang.
Dalam lawatan itu, Mohd Nasri turut mendengar taklimat berkaitan penugasan pemantauan OP Selamat 22 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang, ASP Zaki Wahab.
Selesai taklimat, Mohd Nasri bersama delegasi turun padang memantau aliran trafik di sekitar laluan “hotspot” iaitu Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu dan laluan Gua Musang menghala ke Kuala Lipis-Kuala Lumpur.
Hadir sama, Ketua JSPT IPK Kelantan, Superintendan Suhaimi Jusoh. – Sumber IPD Gua Musang
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!