TEHRAN – Iran melancarkan berpuluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.
Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.
Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.
Tentera Israel berkata, siren akan berbunyi di mana-mana kawasan yang terancam dan pertahanannya bersedia untuk menanganinya.
Israel dan negara jiran Jordan, yang terletak di antara Iraq dan Israel berkata, mereka menutup ruang udara mereka pada malam Sabtu.
Perang Gaza antara Israel dan Hamas telah mencetuskan ketegangan di rantau itu.
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tegaskan rejimnya bersedia “untuk sebarang senario” ketika Iran melancarkan berpuluh-puluh dron ke atas Israel.
Menurut Netanyahu, sistem pertahanan mereka sudah dalam keadaan siap siaga, sejak beberapa minggu lalu.
Mesej ini disampaikan Netanyahu menerusi siaran televisyen.
Israel berkata pada Sabtu bahawa pesawat tanpa juruterbang Iran telah dilancarkan dan sistem pertahanan bersedia untuk menembak jatuh atau membunyikan siren mengarahkan penduduk di mana-mana kawasan yang terancam untuk berlindung.
“Rakyat Israel, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan terutamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah bersiap sedia untuk serangan terus oleh Iran,” katanya.
Menurut Netanyahu, Israel telah bersiap sedia untuk serangan Iran dan menyatakan prinsipnya dengan jelas, mereka akan terus menyerang mana-mana pihak yang melancarkan serangan ke atas mereka.
“Kami telah menentukan satu prinsip yang jelas: sesiapa yang mencederakan kami, kami akan mencederakan mereka. Kami akan mempertahankan diri kami daripada sebarang ancaman dan akan melakukannya dengan tegas dan tekad.
“Saya menyeru rakyat Israel untuk mengikuti arahan IDF Home Front Command. Bersama-sama kita akan berdiri dan dengan pertolongan tuhan, bersama-sama kita akan mengatasi semua musuh kita,” katanya.
Dalam pada itu, menurut ketua jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari, penerbangan dron itu akan mengambil masa beberapa jam.
Dalam pada itu, pesawat ‘Wing of Zion’, milik Israel akan digerakkan dalam operasi kali ini.
BAITULMAQDIS: Israel membunyikan siren awal pagi Ahad bagi memberi amaran kepada penduduk di Baitulmaqdis untuk berlindung.
Letupan kuat turut kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.
Sementara itu pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan telah menembak jatuh dron Iran yang menuju ke Israel, lapor CBS News.
Dalam pada itu Iran berkata, negara itu akan menggunakan Artikel 51 daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangannya ke atas Israel.
Ini bermakna Iran tidak akan melancarkan serangan baharu, namun memberi amaran akan bertindak balas jika terdapat campur tangan AS.
Artikel 51 daripada Piagam PBB itu menyatakan mana-mana negara ahli mempunyai hak untuk mempertahankan diri jika serangan berlaku.
TEHRAN: Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan s.atu kenyataan bahawa serangan dron mereka atas alasan yang kukuh.
Serangan dilakukan ke atas Israel sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan dan jenayah rejim zionis dalam serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.
“Selepas lebih 10 hari berdiam diri dan lalai oleh pertubuhan antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB.
“Ini juga merupakan tindakan atas pelanggaran Israel ke bawah Perkara 7 Piagam PBB,” tambah kenyataan itu.
Justeru, ini merupakan tindak balas IRGC kepada jenayah dan dalam menjamin hak Iran dan untuk menghukum penceroboh.
Dilaporkan mereka turut menggunakan teknologi terkini dalam serangan menggunakan dron kali ini.
“Kami gunakan kecerdasan strategik, peluru berpandu, dan keupayaan dron terkini.
“Dan kami berjaya menyasarkan sasaran ketenteraan penting tentera pengganas zionis di wilayah Palestin yang diduduki dan memusnahkan mereka,” tambahnya lagi. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!