KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan sat ukes kejang haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes itu dilaporkan masing-masing lapan di Perak dan Kedah, enam di Selangor, masing-masing lima di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, empat di Sabah, dua di Perlis dan masing-masing satu di Pulau Pinang serta Kelantan.
Katanya, secara kumulatif, dua kes kematian akibat strok haba telah dilaporkan di Kelantan iaitu seorang lelaki berumur 22 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun.
“Pada masa ini, empat kes masih mendapat rawatan di hospital iaitu sat ukes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes dirawat di wad biasa. Dua kes ini ialah strok haba dan kelesuan haba.
“Kes-kes lain telah sembuh dan sudah dibenarkan keluar wad. Bagi kes yang dirawat di ICU Hospital Port Dickson melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun yang dimasukkan sejak 10 Mac lalu dan telah dipindahkan ke ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 5 April lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai meneruskan langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak serta aktiviti di luar rumah.
Orang ramai juga, katanya, diminta mengelakkan diri dari terdedah cuaca panas, banyakkan berteduh dan berehat lebih kerap. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!