BERITA UTAMA

EPL: Harvey Elliott optimis Liverpool mampu beri penamat indah buat Jurgen Klopp

PEMAIN Liverpool, Harvey Elliott, percaya Liverpool mampu untuk menamatkan kempen terakhir Jurgen Klopp dalam merebut mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai juara, walaupun telah melepaskan tiga mata penuh dan kawalan perebutan kejuaraan ketika bertemu Manchester United.

The Reds dalam perebutan tiga penjuru yang sengit selepas perlawanan Manchester City dan Arsenal hanya berakhir dengan keputusan seri 0-0 sebelum ini.

Liverpool menyelamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2 menerusi sepakan penalti Mohamed Salah setelah gagal untuk memanfaatkan penguasaan awal mereka pada separuh masa pertama.

“Kami tidak boleh memikirkan tentang pasukan lain dan melihat apa yang mereka mahu lakukan lalu menyandarkan permainan kami sepenuhnya kepada mereka.

“Kami perlu terus berada dalam kedudukan terbaik untuk merebut kejuaraan, kami mempunyai penyokong yang luar biasa di belakang kami yang akan menyokong setiap perlawanan sehingga akhir musim.

“Kami mempunyai skuad untuk mencapai perkara tersebut maka siapa kata kami tidak boleh melakukannya?

“Kami hanya perlu terus melangkah ke hadapan dalam setiap perlawanan, memastikan kami pulih dari segi fizikal dan mental untuk terus melangkah.

“Ia akan menjadi penamat yang sukar tetapi kami hanya perlu terus melangkah,” katanya. (Dipetik laporan Stadium Astro)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *