Lelaki pandu Saga maut langgar Triton

KOTA MARUDU – Seorang lelaki berusia 52 tahun, yang memandu kereta Proton Saga dilaporkan maut akibat tersepit dalam kenderaan itu selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton di Jalan Manggaris, Kota Marudu, Sabah.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada JBPM Sabah pada jam 8.54 pagi melalui talian MERS999 sebelum menggerakkan lapan anggota dari BBP Kota Marudu ke lokasi kejadian bersama jentera FRT.

Komander Operasi, PBK I KUP Gabuh Maradan melaporkan, pasukannya bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Namun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan KKM tidak lama selepas dikeluarkan.

Manakala, terdapat lima orang dalam kenderaan Mitsubishi Triton iaitu pemandu lelaki dewasa dan empat penumpang (seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan).

“Mereka turut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *