BERITA UTAMA

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan enam kenderaan di PLUS

RAWANG – Satu maut, manakala dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, Rawang, malam tadi.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah bas membawa 24 penumpang dan enam kereta termasuk satu jenis hilux.

Menurut Komander Operasi Kanan BBP Rawang, TPgB II Abdul Latif Mat Noor, kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada jam 11.37 malam tadi.

Katanya, seramai 11 anggota Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT bersama kenderaan Unit EMRS dan sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux.

“Kemalangan itu melibat sejumlah 38 mangsa, di mana 29 darinya disahkan terselamat.

“Terdapat seorang lelaki yang menaiki kenderaan Toyota Hilux telah tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, kata Abdul Latif, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM tidak lama selepas itu dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, seorang lagi mangsa lelaki dari kenderaan sama mengalami kecederaan parah dan seorang pemandu kereta jenis Honda Accord turut parah.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans KKM bersama seorang lagi mangsa wanita dari kenderaan lain yang tercedera.

“Manakala empat mangsa yang dikenalpasti dari kenderaan Honda HRV iaitu seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki bersama seorang mangsa wanita dari kenderaan lain, semuanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan kenderaan Unit EMRS milik JBPM.

“Setelah selesai menjalankan kerja penyelamatan dan pembersihan jalan, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 pagi,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *