Tajuk Utama

    Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar

    KOTA BHARU – Tapak pelupusan sampah Kok Bedullah, di Tumpat yang terbakar semalam melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Tuan Abdul Halim Tuan Abdullah berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 pagi dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.

    Beliau berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kebakaran.

    “Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan pada malam ini susulan api masih menyala kerana cuaca panas.

    “Bagaimanapun, kebakaran di tapak pelupusan sampah itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi malam tadi. – (Dipetik laporan BERNAMA)

    Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *