SENAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPN) Johor melaporkan, seorang wanita warga Indonesia maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, berusia 38 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian di Taman Aman, Senai, Johor selepas tersepit dalam kereta jenis Proton Exora.
Menurut Komander Operasi BBP Bandar Baru Kulai, PBK I KUP Baharuddin Omar, tujuh anggotanya bersama jentera FRT ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.51 pagi.
Kata beliau, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Exora yang dinaiki mangsa dengan kereta Honda City.
“Seorang wanita berusia 38 tahun didapati telah tersepit dalam kenderaan Proton Exora. Mangsa yang merupakan warganegara Indonesia disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM.
“Pasukan Bomba telah menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis.
“Manakala, lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan Proton Exora turut mengalami kecederaan iaitu empat wanita dewasa dan seorang lelaki warga emas yang kesemuanya warganegara Indonesia,” katanya.
Kata Baharuddin, seorang lagi mangsa dalam kereta Honda City turut tercedera.
“Semua enam mangsa telah dibawa ke hospital oleh petugas perubatan KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!