BERITA UTAMA

Gempa kuat 7.4 magnitud gegar Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

TAIPEI – Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud menggegar Taiwan pagi ini dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

REUTERS memetik agensi berita Jepun, NHK melaporkan amaran tsunami dikeluarkan di tenggara Okinawa.

Ombak setinggi tiga meter dijangka melanda pantai Okinawa kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.

AFP yang memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebut gegaran sekuat 7.4 berlaku di timur Taiwan.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, gempa berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada jam 7.58 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman web jabatan itu. – AGENSI

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *