CAMERON HIGHLANDS – Sekurang-kurangnya 14 keluarga di Kampung gerak Sepadu, Taman Desa Corina, dekat sini berdepan dengan detik cemas apabila air sungai tiba-tiba melimpah mengenangi ke perkampungan mereka.
Dalam kejadian banjir kilat itu, semua keluarga berkenaan diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 pagi tadi.
Komander Operasi Kanan, PPgB Wan Muhammad Faiz Wan Asri berkata, terdapat 14 rumah telah dinaiki air sedalam 1.5 meter akibat limpahan air sungai Kampung Raja.
Katanya, banjir itu bagaimanapun surut sepenuhnya dan tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan.
“Seramai 10 anggota Bomba telah bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan sebuah kenderaan Urvan untuk kerja membantu dan menyelamat.
“Semua mangsa dari 14 keluarga dilaporkan selamat dan kerja pembersihan sisa-sisa banjir telah dilakukan oleh penduduk kampung,” katanya.
Beliau berkata, anggota Bomba telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan tiada kemerbahayaan lain. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!