BERITA UTAMA

Kilang barang perkakasan terbakar, tiada mangsa cedera

PULAU PINANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hari ini melaporkan berlaku kebakaran pada jam 5.45 petang semalam melibatkan sebuah kilang perkakasan di Jalan Besar, Simpang Ampat di sini.

Anggota Bomba dari BBP Sungai Bakap telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.

Kekuatan anggota dan jentera daripada tiga balai berhampiran iaitu BBP Bandar Perda, BBP Batu Kawan dan BBP Bukit Mertajam turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman bangunan tersebut.

Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohamad Tarmizi Abdul Salam, apabila anggota Bomba tiba di lokasi kejadian didapati sebuah kilang memproses bahan binaan telah terbakar dengan peratusan kemusnahan sebanyak 40 peratus.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Anggota Bomba telah menjalankan kerja pemadaman kebakaran bangunan tersebut serta dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.

“Kebakaran dikawal pada jam 6.20 petang dan hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.51 malam. Kerja-kerja “overhaul” telah dijalankan bagi memastikan tiada merbahaya lain dan punca api berlaku.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.40 pagi ini sebelum menyerahkan kepada pegawai penyiasat JBPM Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Beliau turut menyenaraikan PBS yang terlibat dalam operasi berkenaan iaitu PBS Taman Merak Jaya, PBS Permatang Tinggi, PBS Valdor, PBS Jalan Rozlan, PBS Kampung Selamat, PBS Bagan Ajam, PBS Kepala Batas, PBS Sungai Jawi, PBS Parit Buntar, Perak, PBS Kampung Cross Street, PBS Taman Sukun, PBS Padang Lalang, PBS Berapit, PBS Machang Bubok, PBS Nibong Tebal, PBS Kampung Jawi, PBS Lunas, Kedah dan PBS Juru. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *