BERITA UTAMA

Putra lancar kempen beli di kedai Melayu – Bumiputera

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini melancarkan kempen membeli barangan halal dan bersih di kedai Melayu, Islam.

Justeru, parti itu mengajak seluruh umat Islam dan orang ramai agar membelanjakan wang mereka di semua premis milik usahawan Melayu.

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra, Mohamed Shahrin Ismail berkata, pendekatan itu wajar kerana melihat ekonomi bumiputera ketika ini amat kritikal dan lemah berbanding kaum minoriti yang semakin maju serta berjaya.

Katanya, apa yang ditekankan ialah orang Melayu wajib menunjukkan solidariti mereka kepada bangsa sendiri dan memastikan ekonomi bumiputera kukuh serta tidak dialirkan kepada perniagaan kaum lain.

“Ini bagi memastikan ekonomi dikuasai orang Melayu pada masa akan datang. Perlu diingatkan, golongan minoriti dapat menguasai politik kerana mereka berjaya menguasai ekonomi dan kekayaan negara.

“Putra memberi mesej jelas kepada orang Melayu agar melihat bagaimana kaum India ketika dahulu ekonomi mereka ke belakang berbanding kaum yang lain.

“Tetapi, selepas (mendiang) Datuk Seri Samy Velu melancarkan kempen khas Buy India First (BIF) awal 1980-an, kaum mereka membelanjakan wang membeli produk yang dijual usahawan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shahrin, dengan cara itu, ia telah mengubah hidup dengan kejayaan melahirkan usahawan dan peniaga dari kaum mereka, sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan.

Akhirnya, kata beliau, umum melihat kempen khas hampir 40 tahun itu memberi kejutan kepada negara dengan adanya ramai jutawan di kalangan kaum India termasuk antara 10 rangking teratas terkaya dalam negara.

“Putra juga menekankan kepada usahawan bumiputera supaya mengeluarkan produk berkaitan keperluan umat Islam, baik dari segi makanan dan pakaian.

“Kita jangan benarkan keperluan untuk kita dari kelahiran, perkahwinan sehingga pengurusan kematian disediakan oleh bangsa lain serta bergantung kepada usahawan bukan bumiputera.

“Kita tegas dalam kempen Buy Malay First (BMF) membeli dan menggunakan barangan ini kerana dengan jumlah majoriti bangsa Melayu dalam negara 10 hingga 20 tahun akan datang, kita akan menguasai ekonomi negara,” ujar beliau.

Beliau juga mengingatkan orang Melayu tidak memberi peluang kepada bangsa lain menggunakan logo atau tulisan Jawi untuk memanipulasikan jualan mereka.

Justeru, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu cakna perkara itu bagi memastikan barangan yang bersih dan halal hanya digunakan oleh orang Islam.

“Jihad dan solidariti pada belian barangan bumiputera Melayu, Islam perlu kuat bukan sekadar kempen sahaja, sebaliknya pelaksanaan dan kejayaan perlu ditonjolkan.

“Masyarakat Cina telah lama melancarkan kempen Buy Cina First (BCF) dengan slogan ‘kalau orang Cina tidak menolong orang Cina, kita akan kehilangan kedudukan kita’ dan mereka berjaya melahirkan ribuan usahawan serta produk mereka.

“Kesedaran bumiputera kepada hal sebegini perlu diutamakan. Belilah di kedai Melayu dan elakkan perasaan hasad dan dengki sesama sendiri demi kejayaan ekonomi bangsa,” katanya.

Shahrin turut menyangkal dakwaan kononnya orang Melayu tidak pandai berniaga kerana terbukti sejak era 50-an banyak syarikat Melayu berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau memberi contoh, produk gula-gula Hacks asalnya syarikat Melayu yang menjadi ejen tunggal di Malaysia dan Singapura hingga berjaya membangun kilang untuk pasaran di Asia Tenggara.

“Begitu juga minuman jenama Sunquick. Ia dari syarikat orang Melayu yang sama pada masa itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa melibatkan eksport ke 80 negara seluruh dunia.

“Ini menandakan kita bangsa Melayu pernah bersatu dan mempunyai keupayaan sekiranya betul-betul mengambil peluang terutama dalam negara sendiri, sekaligus mengenepikan dakwaan yang bangsa Melayu tidak boleh berjaya ditanah airnya,” kata beliau.

Kata Shahrin lagi, orang Melayu juga telah ke hadapan dalam bidang minyak dan gas iaitu syarikat petroleum Petronas milik negara dan juga sektor automobil mengeluarkan produk kereta Proton yang gah di serata dunia.

Jelas beliau, kesedaran BMF di kedai orang Melayu memberi peluang kepada mereka untuk berjaya di negara sendiri. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

 Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

One thought on “Putra lancar kempen beli di kedai Melayu – Bumiputera

  1. Assalamualaikum, betui Tuan. Saya salah seorang peniaga Pasar Borong Selangor. Pengamatan peribadi saya pelanggan² Muslim lebih mengutamakan peniaga bukan Melayu ini dikeranankan dikerana kan harga yg mereka tawarkan lebih murah dari peniga Melayu. Sebagai contoh kawan saya seorang Melayu Islam peniaga kambin golek. Beliau selalu mendapakan stok kambin frozen dikedai bukan bukan Islam. Saya bertanya kenapa tak pergi ke kedai muslim & alasan nya dikedai muslim harga kambin frozen Rm 5 00 lebih mahal dari kedai bukan muslim. Beliau biasa membeli 2 – 3 ekor kambin. So setiap pembelian beliau akan jimat sebanyak Rm 10 – Rm 15. So solidariti apa kah yg kita bincang kan ini.
    Kalau Tuan tidak percaya boleh letak meja & kerusi didepan kedai saya & buat lah suvey selama satu minggu & boleh video kan trend pembeli Melayu & Muslim. Sampai kan tok-tok Arab & Pakistan pun berbelanja dikedai² bukan Melayu.
    #tepukdadatanyaiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *