BERITA UTAMA

Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah liar

KEMAMAN – Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu cedera selepas dirempuh seekor gajah ketika menjadikan tugas di Hutan Felda Cerul, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sempat diselamatkan rakan setugas dengan bantuan penduduk kampung ketika melakukan kerja pemantauan hidupan liar di hutan berkenaan.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, PPgB Suriati Ariffin yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.06 petang terus bergegas ke lokasi.

Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Cheneh sampai di tempat kejadian untuk mengambil mangsa yang mengalami kecederaan.

“Seramai 14 anggota dikerahkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan Triton, sebuah kenderaan utiliti EMRS dan sebuah kenderaan DMax.

“Kita menerima maklumat dari pegawai Perhilitan terdapat seorang anggotanya tercedera dirempuh gajah liar ketika membuat kerja pemantauan hidupan liar bersama lapan kakitangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, rawatan awal telah diberikan anggota Perhilitan dan juga orang kampung, sebelum mangsa dibawa keluar dan dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

 Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *