Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia di sisi motosikal

JELEBU – Seorang lelaki warga emas yang disangka hilang oleh ahli keluarga, rupanya meninggal dunia di sisi motosikal yang dipercayai ditunggangnya dalam kebun di Kampung Hosapa, Titi, dekat sini, malam tadi.

Kematian warga emas berusia 70-an itu disahkan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

Mayat lelaki itu ditemui sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelebu yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat orang hilang pada jam 9 malam.

Menurut Komander Operasi, PBK II Zainal Harun, sebaik tiba, didapati benar terdapat seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 70an hilang di kawasan kebun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mangsa akhirnya ditemui bersama motosikalnya dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Ketika ditemui, didapati motosikal ditunggang mangsa dalam keadaan telah terjatuh dan mayatnya diserahkan kepada polis,” katanya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *