MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melaporkan ada menerima panggilan mengenai kejadian lemas pada jam 11.37 malam tadi.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di belakang kedai mencuci kereta, Sungai Kerak dekat sini itu melibatkan seorang remaja lelaki.
Menurut Timbalan Penguasa II Bomba, Toyyibah Taib, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari BBP Marang bersama Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Terengganu telah digerakkan ke lokasi.
Kata beliau, kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun telah terjun ke sungai selepas dikejar polis.
“Anggota Bomba telah menjalankan operasi pencarian mangsa dengan menggunakan teknik “surface searching” di sekitar lokasi terakhir lelaki itu dilihat terjun.
“Pada jam 4.20 pagi, mangsa ditemui di dasar sungai dengan kedalaman 2.5 meter iaitu jarak 10 meter dari lokasi dilaporkan terjun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!
