Lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JBPM ke JBPM Perak

KETUA Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad mengadakan lawatan kerja rasmi ke JBPM Perak semalam.

Beberapa program telah dijalankan sempena lawatan itu.

Pada jam 10 pagi telah diadakan lawatan kerja rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Malim.

Sesi lawatan itu memberi peluang kepada warga BBP Tanjong Malim untuk beramah mesra bersama Ketua Pengarah JBPM yang baharu.

Di Bangunan Perak Darul Ridzuan pula berlangsung Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

Turut menerima penganugerahan pangkat kehormat ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

Selain itu, Ketua Pengarah turut menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun.

Ketua Pengarah turut berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa (Iftar) bersama Warga JBPM Negeri Perak di Dewan Premier, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Perak. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *