BERITA UTAMA

Khidmat Azam Baki masih diperlukan – MCW

PUTRAJAYA – Malaysia Corruption Watch (MCW) minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai lantikan baharu bagi mengisi tiga jawatan utama negara membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, NGO berpendapat, pelantikan itu harus diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

“Kita berpandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM harus seorang yang berwibawa, profesional dan mempunyai ketegasan untuk memastikan kesinambungan siasatan dan pertuduhan kes berprofil tinggi yang sedang giat dijalankan.

“Setakat ini, MCW berpendapat khidmat Tan Sri Azam Baki masih lagi diperlukan berdasarkan pengalaman dan ketangkasan beliau menangani pelbagai isu semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata Jais, sekiranya ada lantikan baharu, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu di kalangan pegawai suruhanjaya itu berdasarkan pengalaman dan kriteria ditetapkan.

Ini jelas beliau, akan memastikan tiada lantikan politik yang berpotensi membangkitkan persepsi negatif terhadap kewibawaan dan kebebasan suruhanjaya itu. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *