BERITA UTAMA

Tindakan pantas tiga anggota polis Balai Wangsa Maju selamatkan dua beranak dari kebakaran

WANGSA MAJU – Tindakan pantas tiga anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di Sinaran Wangsa Residensi di sini, menyelamatkan dua beranak dari kebakaran rumah itu.

Tiga anggota terbabit, Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dari Balai Polis Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan yang dibuat isteri mangsa kira-kira jam 4.30 petang.

Sebaik tiba di lokasi, unit rumah berkenaan sedang terbakar dan mereka berjaya membawa keluar seorang lelaki bersama anak perempuannya yang terperangkap di dalam kediaman itu dalam keadaan selamat.

Ketiga anggota polis berkenaan juga turut berjaya memadamkan api.

Setinggi penghargaan kepada Lans Koperal Mohamad Khairul, Lans Koperal Mohamad Hazieril dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq atas keberanian mereka mempertaruhkan nyawa ketika api sedang marak bagi menyelamatkan mangsa. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *