BERITA UTAMA

PGU Pangkalan Sabah lakukan penerbangan ihsan bawah jenazah wartawan BERNAMA

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Allahyarhamah Nur Adika Bujang yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini pagi semalam.

Penerbangan ihsan yang menggunakan pesawat Cessna Caravan CE208 itu selamat diterbangkan Kapten Pesawat, ASP Chan Chee Veng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Ellorean Glatter Philip dari Lapangan Terbang Sandakan ke Kota Kinabalu.

Jenazah turut diiringi ahli keluarga.

Pihak keluarga Allahyarhamah Nur Adika dan BERNAMA turut merakamkan penghargaaan kepada polis atas bantuan yang telah diberikan.

Hadir sama di lapangan terbang, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan dan para pegamal media. – Sumber Polis Daerah Sandakan

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *