KUALA LUMPUR – Sebelum ini, isteri kepada bekas pemain bola sepak, Safee Sali iaitu Fitria Elfina Maharip mendedahkan sudah sebulan dirinya tidak berjumpa dua anaknya yang dibawa Safee keluar dari rumah.
Bukan itu saja, dia yang didakwa tinggalkan anak-anak dan pulang ke Batam, Indonesia juga antara punca difailkan nusyuz.
Terbaru! Menurut laporan Kosmo!, Fitria tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengakui yang mentalnya didera selama setahun sebelum Safee failkan nusyuz.
Dia juga berkata, dirinya tidak berbuat demikian, tapi meletakkan anak-anak mereka di rumah anak buahnya sebab kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.
“Saya tidak tinggalkan anak, sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua pasport mereka dipegang Safee.
“Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.
“Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh diclaim nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.
Fitria juga memberitahu, dia tidak tahan didera secara mental berhari-hari selepas dapat tahu yang suaminya itu telah bernikah secara diam-diam pada 26 Januari lalu di Siam.
Bukan itu saja, Safee juga dikatakan tergamak lafaz cerai kepadanya menerusi voice note dan menghalaunya dari rumah sewa pada 11 Februari lalu.
Apapun, kita tunggu penjelasan dari Safee pula. Semoga yang baik-baik saja buat mereka berdua. – Kosmo!
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!