BERITA UTAMA

Tindakan khas ‘bazar warga asing’ disita

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu menjalankan operasi Tindakan Khas Bazar Warga Asing sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi tindakan khas itu, DBKL membuat 11 tindakan sita peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan warga asing.

DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Barangan dan peralatan yang disita seperti makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *