BERITA UTAMA

Parlimen Tambun anjur Program Pendidikan Pencegahan Dadah

PUSAT Khidmat Rakyat Parlimen Tambun telah menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di dua lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 7, Tambun baru-baru ini.

Program itu bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah.

Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun serta lain-lain agensi kerajaan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *