WALAUPUN sibuk dengan tugasan penyelamatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jertih, Terengganu tidak lupa dengan tanggungjawab kebajikan anggota serta pegawai yang kurang bernasib baik.
Jumaat lalu, Pengarah BPSM, Kol. Bersekutu (PA) Khatijah Jusoh sempat menziarahi seorang pegawainya, Norhayati Mohd Yusoff yang terlantar di rumahnya di Jertih, Besut, Kuala Terengganu.
Norhayati jatuh sakit pada Disember lalu dan setakat ini tidak dapat dikenal pasti penyakitnya terlantar di rumah dengan bantuan oksigen pernafasan.
Ziarah itu antara lain untuk melihat sendiri keadaan pegawai berkenaan dan berbincang mengenai urusan perkhidmatannya secara lanjut.
Turut bersama Pembantu Perubatan yang merupakan anggota di Pejabat Daerah Pertahanan AwaM (PDPA) Dungun, Terengganu.
Kehadiran Pembantu Perubatan ini sedikit sebanyak membantu memberi penjelasan yang lebih baik kepada keluarga Norhayati.
Semalam juga, Pegawai Bersekutu yang bertugas di Klinik Daerah Besut, Terengganu datang meneliti dan membantu pegawai tersebut sepertimana yang sudah dibincangkan.
Ziarah ini turut menyumbang barang keperluan dan sumbangan wang tunai hasil kutipan daripada BPSM dan PUSPANITA Cawangan Kecil APM.
Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Mohd Rosman Abdullah, Pegawai kanan APM, Pegawai BPSM, Pegawai dan anggota APM Daerah Dungun. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!