KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, esok (12 Mac 2024).
Tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
Sementara itu, umat Islam di Arab Saudi akan mula berpuasa hari ini (Isnin, 11 Mac 2024), selepas anak bulan kelihatan pada petang Ahad, lapor Arab News.
Manakala umat Islam di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei pula bersama Malaysia mula berpuasa esok. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com