KUALA LUMPUR – Video pempengaruh Marissa Dania Hakim bersama lelaki dipercayai Mohd Aslam menjayakan fotografi baju raya mendapat perhatian ramai.
BH Online melaporkan, pasangan itu menggayakan baju sedondon warna hitam kelihatan tidak kekok menjalani penggambaran bersama.
Malah, dalam satu lagi video, Marrisa, 19, kelihatan membetulkan butang baju Melayu suaminya.
Bagaimanapun, netizen kurang senang melihat video berkenaan sehingga ada yang mengugut untuk memboikot jenama berkenaan.
Lebih membuatkan ramai tidak berpuas hati apabila isteri pertama Aslam, Misya Mazlan turut dilamar sebagai model baju raya berkenaan, tetapi dikatakan tidak tahu menahu mengenai pembabitan suami dan madunya untuk jenama sama.
Sementara itu, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan mendedahkan adiknya tidak tahu mengenai pembabitan Marissa dengan jenama sama kerana fotografi dilakukan secara berasingan.
“Kamu semua ada perasaan, hati, ‘common sense’, akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain.
“Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung ketika shoot produk tu, perempuan ini juga shoot produk yang sama.
“Bila sampai tempat ‘casting’ barulah tahu dan pada masa itu, diberitahu jangan ‘post’ benda-benda yang membabitkan mereka berdua (Misya-Marissa).
“Saya kakak kepada Misya. Saya komen sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai ‘marketing’ kalian.
“Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain,” kongsi Nadiah di Instagram Story (IGs).
Selain itu, Nadiah turut meminta agar jenama pakaian berkenaan meminta maaf kepada adiknya disebabkan kerakusan menaikkan jenama itu sehingga sanggup melukakan hati orang lain.
Difahamkan, Misya sanggup menolak satu tawaran jenama besar kerana Marissa terbabit dengan jenama berkenaan. Sekiranya tahu Marissa turut terbabit pasti Misya menolaknya.
Tinjauan BH Online ke akaun jenama pakaian itu bagaimanapun mendapati tiada foto mahupun video Marissa dan Aslam dimuat naik.
Marissa juga tidak berkongsi sebarang foto mahupun video dalam akaun IG peribadinya. – BH Online
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com