BERITA UTAMA

DBKL roboh 108 struktur sekatan dalam Ops Bersepadu

KUALA LUMPUR – Sikap degil pemilik empat premis di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pasukkan menjalankan tindakan meroboh sekatan yang dibina tanpa izin.

Dalam kejadian 9 malam tadi, DBKL bersama 103 pegawai yang turut disertai Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Integriti dan Jabatan Perancangan Korporat serta pasukan polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turun untuk melakukan operasi bersepadu itu.

Menurut kenyataan DBKL, pihaknya melakukan Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur Sekatan Dalaman di premis berkenaan walaupun sebelum ini, empat notis penguatkuasaan dan tawaran kompaun dikeluarkan.

“DBKL sebelum ini telah mengeluarkan empat notis penguatkuasaan dan tawaran kompaun pada 4 Januari lalu terhadap empat premis berkenaan.

“Surat pemberitahuan kesalahan kepada setiap pemilik premis dimaklumkan pada 16 Januari dan notis pengosongan telah ditampal pada setiap unit premis berkenaan pada 29 Februari lalu.

“Tujuan notis ini adalah untuk memaklumkan kepada pemilik premis agar membuka mana-mana sekatan yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Namun, kata kenyataan itu, disebabkan tiada tindakan diambil oleh pemilik premis berkenaan, DBKL menjalankan operasi merobohkan 108 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat premis berkenaan.

Katanya, pemilik telah membuat pecahan lot ke atas premis berkenaan dengan menjadikannya bilik sewa dan rumah pekerja menempatkan warga asing yang menyalahi Seksyen 79, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi bersepadu malam tadi berjalan lancar dengan kerjasama dari semua pasukan agensi yang terlibat dan akan diteruskan dari semasa ke semasa selepas ini,” kata kenyataan itu. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *