BERITA UTAMA

Empat sekeluarga cedera kereta terbabas

KENINGAU (SABAH) – Empat beranak cedera selepas kereta jenis Perodua Aruz yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di bahu jalan di Jalan Apin-Apin, dekat sini.

Keempat-empat mangsa berusia 59, 44, 12 dan lapan tahun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 pegawai dan anggota digerakkan ke tempat kejadian.

“Terdapat empat sekeluarga terbabit dan mengalami kecederaan. Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.16 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *