BERITA UTAMA

DBKL sita barangan penjaja tanpa kebenaran sekitar Parlimen Seputeh

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan bertindak menyita beberapa premis sementara yang dibina tanpa kebenaran.

Turut bersama ialah Syabas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan tindakaan sitaan di Jalan Desa di sini.

Tindakan itu diambil kerana penjaja terbabit menghalang laluan, selain tidak mendapat kebenaran DBKL dan tindakan diambil di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Pemotongan air dan elektrik dari Syabas serta TNB juga dilaksanakan bagi memastikan pihak penjaja tersebut tidak meneruskan perniagaannya.

“Antara barangan yang disita adalah dapur stainless steel, kerusi, meja, khemah, rak televisyenberoda, oven dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan dari DBKL.

Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *