Helikopter milik APMM terhempas di perairan Pulau Angsa

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor, pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang dan telah diselamatkan nelayan,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Norazman Mahmud berkata, pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden melibatkan helikopter jenis Agustawestlan AW139 itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi,” katanya.

APMM akan turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *