SIK: Bayi 16 bulan dan kanak-kanak tiga tahun ditemukan maut dalam kebakaran membabitkan bangunan pejabat yang dijadikan rumah di Kampung Teloi Tua, di sini, hari ini.
Mayat mangsa ditemukan di atas katil di dalam premis berkenaan selepas kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus bangunan itu.
Pegawai Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.11 pagi.
Beliau berkata, mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
Katanya, operasi memadam kebakaran diketuai Pegawai Bomba Kanan I Shahril Salleh bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik.
“Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat kebakaran membabitkan sebuah bangunan pejabat dan terdapat mangsa.
“Komander Operasi melaporkan setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah pejabat yang dijadikan rumah.
“Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus daripada keseluruhan struktur dan tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos dengan dua pancutan menggunakan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba,” katanya ketika dihubungi.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Bryan berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.50 pagi sebelum Komander Operasi melaporkan penemuan dua mangsa di atas katil,” katanya. – Berita Harian
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
