406 Kes Kemalangan Maut Motosikal Direkodkan Di Kedah

ALOR SETAR – Sebanyak 406 kes kemalangan maut membabitkan motosikal direkodkan di Kedah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, dengan 72 kes melibatkan penunggang berusia bawah 18 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Superintenden Abdel Nasser S Salleh berkata statistik itu menunjukkan isu keselamatan penunggang motosikal, khususnya golongan remaja, perlu diberi perhatian serius.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, serta aktiviti samseng jalanan kerana bukan sahaja membahayakan penunggang, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Motosikal yang disita boleh dituntut semula tertakluk kepada pematuhan syarat dan prosedur ditetapkan, termasuk menggantikan komponen yang tidak menepati spesifikasi dengan komponen asal atau standard yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata pihak polis akan memastikan proses pelepasan motosikal dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Abdel Nasser berkata tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa, bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Beliau turut menyeru orang ramai, khususnya golongan muda dan ibu bapa, supaya memainkan peranan memastikan motosikal yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan selamat serta mematuhi spesifikasi ditetapkan.

“Jangan jadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan. Jadikan keselamatan sebagai keutamaan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Untuk rekod, sebanyak 3,282 motosikal telah disita di seluruh Kedah tempoh sama, menerusi operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan di negeri ini.

Antara kesalahan dikesan ialah pengubahsuaian komponen motosikal yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan, termasuk ekzos, sistem ekzos, swing arm, rim dan komponen lain. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *