Waktu bekerja empat setengah hari tertakluk justifikasi kerajaan negeri - Azalina

UMNO persoal siapa nyahklasifikasikan minit Lembaga Pengampunan Najib?

KUALA LUMPUR – UMNO menuntut penjelasan rasmi berhubung pendedahan beberapa halaman minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa dikongsikan oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab melakukan pengelasan semula dokumen berkenaan sehingga kandungannya boleh didedahkan kepada umum.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengenai status kerahsiaan dokumen berkenaan, lebih-lebih lagi apabila Menteri Dalam Negeri pada 12 November lalu dilaporkan menyatakan kesediaan membawa cadangan berkaitan perkara itu ke Jemaah Menteri.

Keadaan menjadi lebih mengundang persoalan apabila jurucakap Kerajaan pada 13 November pula memaklumkan perkara berkenaan belum dibangkitkan secara langsung.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Azalina berkata, berdasarkan Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), kuasa untuk mengelaskan semula sesuatu dokumen rahsia rasmi tertakluk kepada pihak yang diberikan kuasa di bawah peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, UMNO mengemukakan tiga persoalan utama yang memerlukan jawapan pihak berkuasa.

Pertama, sama ada minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu benar-benar telah dikelaskan semula secara rasmi, termasuk tarikh pelaksanaannya dan pihak yang meluluskan tindakan tersebut.

Kedua, apakah asas perundangan, tatacara serta tujuan sebenar pengelasan semula dokumen berkenaan dilakukan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketiga, sejauh mana kesahihan salinan dokumen yang kini tersebar, termasuk sama ada ia sepadan dengan rekod rasmi dan merangkumi keseluruhan minit mesyuarat berserta lampiran atau hanya bahagian tertentu.

UMNO menegaskan keperluan memastikan prinsip ketelusan dilaksanakan tanpa mengetepikan pematuhan terhadap undang-undang, khususnya apabila perkara itu menyentuh urusan Lembaga Pengampunan dan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan yang dibangkitkan Azalina kini tertumpu kepada satu perkara: jika dokumen berkenaan sememangnya telah dinyahklasifikasikan, siapakah yang membuat keputusan itu, bilakah ia dilakukan dan apakah asas kuasa yang digunakan?

Penjelasan rasmi diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan mengenai status dokumen serta memastikan setiap tindakan berkaitan rekod rasmi kerajaan mematuhi peruntukan undang-undang.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *