Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah

Hannah Yeoh perlu faham beza tanggungjawab menteri dengan kepentingan politik

Dari Meja Editorial ND

ADA kalanya seseorang pemimpin perlu mengetepikan pendirian peribadi dan kepentingan politik apabila berhadapan dengan tanggungjawab yang datang bersama jawatan disandangnya.

Dalam isu membabitkan Hannah Yeoh dan dokumen pengampunan itu, persoalan pokoknya bukan sama ada beliau bersetuju atau sebaliknya, tetapi sejauh mana beliau memahami kedudukan serta tanggungjawabnya sebagai seorang menteri.

Berdasarkan dakwaan yang dibangkitkan, Hannah sememangnya menandatangani dokumen berkenaan meskipun pada peringkat awal membantah tindakan itu. Malah, beliau dikatakan turut diberikan teguran oleh Yang di-Pertuan Agong sehingga baginda seolah-olah terpaksa mengingatkan beliau dan Peguam Negara mengenai kedudukan serta tanggungjawab masing-masing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Alasan kononnya tindakan menandatangani dokumen itu boleh mengundang tindak balas politik dan membawa kesan buruk kepada dirinya mungkin menjadi pertimbangan peribadi Hannah. Namun, alasan sedemikian tidak sepatutnya mengatasi tanggungjawab rasmi yang dipikulnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Hannah perlu memahami satu perkara asas. Apabila Yang di-Pertuan Agong menitahkan Menteri Wilayah Persekutuan menandatangani dokumen berkenaan, titah itu ditujukan kepadanya berdasarkan jawatan yang disandang, bukannya kedudukannya dalam DAP.

Dalam konteks tersebut, beliau bertindak sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang mempunyai tanggungjawab institusi, bukannya sebagai pemimpin parti yang perlu memikirkan untung rugi politik.

Justeru, mengaitkan tindakan itu dengan kemungkinan liabiliti politik kepada DAP atau kedudukan peribadinya dalam parti adalah hujah yang tersasar daripada persoalan sebenar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jawatan menteri datang bersama tanggungjawab dan kewajipan. Seseorang yang menerima amanah tersebut perlu memahami batas kuasa, tatacara pentadbiran serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Jika setiap titah atau arahan yang menyentuh tanggungjawab rasmi mahu ditimbang terlebih dahulu berdasarkan kesan terhadap kedudukan politik seseorang, maka timbul persoalan tentang keutamaan yang sebenarnya diberikan oleh pemimpin berkenaan.

Adakah amanah jawatan atau kepentingan politik yang perlu didahulukan?

Hannah berhak mempunyai pandangan peribadi dan politiknya sendiri. Namun, apabila sesuatu perkara melibatkan tanggungjawab rasmi sebagai menteri, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuradukkan kedua-dua kedudukan itu.

Dalam isu ini, yang perlu diperjelaskan bukan soal siapa mendapat keuntungan politik atau siapa menanggung kerugian imej, sebaliknya prinsip tanggungjawab seorang menteri apabila berhadapan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Jangan sampai kepentingan politik dijadikan alasan untuk mengaburkan persoalan tanggungjawab institusi. Menteri boleh berbeza pandangan, tetapi jawatan yang disandang menuntut disiplin, kefahaman dan kebertanggungjawaban.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *