KUALA LUMPUR – Citaglobal Berhad, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB GENCO) dan TIZA AI Sdn. Bhd. akan meneroka pembangunan bekalan elektrik luar grid sehingga 1,300 megawatt (MW) secara berfasa bagi cadangan taman pusat data kecerdasan buatan (AI) di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Citaglobal menerusi anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal New Energy Sdn. Bhd. (CGNE) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kedua-dua syarikat itu bagi mengkaji penyelesaian bekalan elektrik khusus untuk Taman Pusat Data Al dan Infrastruktur Digital yang akan dibangunkan oleh TIZA Al.
Turut hadir pada majlis pemeteraian MoU itu ialah Pengarah Urusan TNB GENCO, Datuk Shahrir Abdul Latiff dan Ketua Pegawai Eksekutif TIZA Global Sdn. Bhd., Datuk Fakhrunniam Othman.
Menurut kenyataan media berkenaan, TIZA Al merupakan pemegang kelulusan Data Centre Task Force (DCTF) bagi projek tersebut.
Kelulusan yang dimaklumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 7 September 2026 mensyaratkan keperluan elektrik sehingga 1,300 MW dipenuhi melalui bekalan luar grid.
Taman itu dirancang di tapak perindustrian seluas kira-kira 100 hektar (247 ekar) milik Citaglobal melalui anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Property Development Sdn. Bhd., yang menyempurnakan pemerolehan tanah berkenaan pada 30 Januari 2026.
Mengikut struktur yang dirancang, TNB GENCO dan CGNE akan membangun, memiliki dan mengendalikan kemudahan penjanaan melalui sebuah syarikat usaha sama untuk membekalkan elektrik kepada taman pusat data itu.
TNB GENCO, cabang penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka menerajui pembangunan dengan menyumbangkan kepakaran pembangunan, pembinaan dan pengoperasian kemudahan penjanaan elektrik.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
CGNE pula akan menyumbangkan kepakaran tenaga boleh baharu dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) di bawah jenama tempatannya, MYBESS, serta keupayaan pembangunan projek tempatan, termasuk urusan kelulusan kawal selia, libat urus dengan pihak berkuasa tempatan dan penyelarasan tapak.
Rumusan yang dikaji mungkin merangkumi penjanaan berasaskan gas, solar fotovoltan dan penyimpanan tenaga bateri, dengan kemudahan ditempatkan di dalam atau bersebelahan taman tersebut.
Kajian kebolehlaksanaan akan menentukan gabungan teknologi, kapasiti penjanaan, aturan bekalan bahan api, sambungan infrastruktur dan fasa pelaksanaan mengikut peningkatan beban elektrik secara berperingkat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Sri Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, kesiapsiagaan bekalan tenaga perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, termasuk menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan boleh ditingkatkan mengikut keperluan.
“Melalui TNB GENCO, kami memanfaatkan kepakaran luas dalam penjanaan elektrik untuk meneroka penyelesaian tenaga yang inovatif dan bersepadu, dengan mengimbangi kebolehpercayaan, kemampuan kos dan kemampanan,” kata Shamsul.
TIZA Al berbincang dengan bakal pengendali TIZA Al akan menyediakan profıl beban elektrik, fasa pembangunan dan keperluan kebolehpercayaan bekalan, memudahkan akses tapak serta menyelaras dengan rakan pembangunan bersama kerajaan Pahang dan pihak berkuasa Persekutuan berkaitan.
Syarikat itu, secara langsung atau melalui rakan pembangunan bersamanya, berpotensi menjadi pembeli elektrik yang dijana.
Syarikat itu kini berbincang dengan pelbagai bakal pengendali pusat data berskala besar atau hyperscaler dan rakan pembangunan bersama yang menyatakan minat untuk membangunkan pusat data di taman berkenaan.
Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal serta TIZA Al, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kelulusan DCTF yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital mencerminkan keyakinan terhadap potensi Pahang sebagai pusat pertumbuhan baharu infrastruktur Al.
Beliau menyenaraikan ketersediaan tanah, sumber air dan kelebihan logistik yang disokong Pelabuhan Kuantan, cadangan lapangan terbang antarabangsa baharu serta Laluan Rel Pantai Timur sebagai asas pembangunan Gebeng. Menurut beliau, laluan rel itu dijadualkan mula beroperasi menjelang akhir Disember 2026.
“Taman Pusat Data Al ini berpotensi menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran serta membuka peluang kepada kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan tempatan,”katanya, sambil menyatakan hasrat membangunkan bakat tempatan dan ekosistem AI serta digital di sekitar Gebeng.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Citaglobal, Datuk Aimi Aizal Nasharuddin berkata, pemilikan tanah di Gebeng meletakkan kumpulan pada kedudukan penting untuk memanfaatkan aset itu, manakala kerjasama tersebut memperluas perniagaan Tenaga Baharunya kepada penyediaan bekalan elektrik khusus untuk pusat data.
“Penyertaan CGNE dalam usaha sama ini membuka potensi pendapatan berulang jangka panjang kepada Kumpulan Citaglobal daripada bekalan elektrik ke Taman Pusat Data Al,” katanya.
MoU yang sah selama setahun itu menyediakan rangka kerja bagi kajian kebolehlaksanaan dan rundingan perjanjıan muktamad, tanpa mewajibkan pihak terbabit membangunkan kemudahan atau membekalkan mahupun membeli elektrik.
Pelaksanaan projek tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan dan usaha wajar yang memuaskan, pemeteraian perjanjian muktamad serta kelulusan yang diperlukan daripada lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak berkuasa kawal selia.
Penyertaan ekuiti, pelaburan, pembiayaan, kapasiti penjanaan, tarif dan terma pembelian bekalan elektrik masih belum dipersetujui.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
