Perkampungan Sastera Perlis 2026 himpunkan penggiat bahasa, sastera dan budaya

KANGAR – Perkampungan Sastera Perlis (PSP) 2026 bakal menjadi medan pertemuan penggiat sastera, pencinta bahasa dan pengamal budaya untuk menyemarakkan tradisi persuratan serta merintis masa depan kesusasteraan negeri itu.

Program anjuran Angkatan Sasterawan Indera Perlis (AKSARA) selama dua hari pada 12 dan 13 November ini berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) sempena Anugerah Sastera Negeri Perlis 2026 dan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) peringkat Negeri Perlis 2026.

Mengangkat sastera sebagai wadah pemikiran, pembinaan jati diri dan pengucapan budaya, PSP 2026 menghimpunkan beberapa pengisian yang memberikan ruang kepada penulis, sarjana, pendidik serta generasi muda untuk berkongsi gagasan dan mengembangkan bakat kesusasteraan.

Antara pengisian utama ialah Wawansabda Sastera bertemakan ‘Memugar Bakat dan Masa Depan Sastera Perlis’ yang menampilkan Sasterawan Negara (SN), Datuk Rahman Shaari dan Dr. Norhayati Ab. Rahman sebagai pembicara, manakala Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid bertindak sebagai moderator.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Program turut diserikan dengan Sayembara Sastera, Bahasa dan Budaya menerusi Kuiz Uji Minda khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan prauniversiti, sebagai usaha mendekatkan generasi muda dengan khazanah bahasa serta warisan budaya.

Tidak ketinggalan, Lokakarya Sastera menerusi Bengkel Deklamasi Sajak Loghat Perlis yang dibimbing Sharif Shaary memberikan penekanan terhadap keindahan bahasa daerah sebagai sebahagian daripada kekayaan ekspresi dan identiti masyarakat setempat.

Pada hari kedua, 13 November, program diteruskan dengan Bicara AKSARA 2.0/2026 bertajuk ‘Menyusur Denai Sastera Perlis’ yang menampilkan Rahman Shaari sebagai pembicara.

Majlis perasmian pembukaan akan disempurnakan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Sharrul Rizal Hashim, manakala Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP, Salahuddin Mohamed dijadualkan menyempurnakan majlis penutupan PSP 2026.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kemuncak pengisian seni dan budaya pula berlangsung menerusi Malam Citra Seni Indera pada 12 November bermula jam 8.15 malam di Taman Lencongan 2, Bandar Kangar.

Malam berkenaan dijangka menjadi ruang pertemuan yang lebih akrab antara penggiat seni, penulis dan masyarakat, dengan sastera diraikan bukan sekadar melalui kata-kata di halaman buku, tetapi juga menerusi penghayatan seni dan kebersamaan.

Penganjuran PSP 2026 memperlihatkan usaha berterusan AKSARA menghidupkan ekosistem sastera Perlis, sekali gus memastikan warisan bahasa, pemikiran dan budaya tidak terhenti sebagai kenangan generasi terdahulu, sebaliknya terus tumbuh sebagai sumber inspirasi kepada generasi baharu.

Orang ramai, khususnya pencinta sastera, bahasa dan budaya, dijemput menghadiri program berkenaan serta mengesahkan kehadiran melalui saluran yang disediakan penganjur.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ketua I AKSARA menerusi talian 019-6369367 atau Setiausaha I di talian 019-4431130. Pengesahan kehadiran turut boleh dibuat melalui e-mel angkatan­sasterawanindera@gmail.com.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *