Tumpuan politik terarah ke Sarawak, SPR tentukan tarikh PRN hari ini

KUCHING – Tumpuan politik tanah air terarah ke Sarawak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun di sebuah hotel di sini itu akan disusuli sidang media.

Sidang media berkenaan diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Sarawak ke-13 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya itu.

Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

Mandat semasa DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi itu sepatutnya berakhir pada Februari 2027.

Pada PRN ke-12 yang diadakan pada 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari meraih mandat besar selepas menyapu 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi dan DAP memperoleh dua kerusi.

Landskap politik negeri bagaimanapun menyaksikan perubahan selepas pembubaran PSB pada 2024, yang menyaksikan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *