Banjir besar landa Padang di Indonesia, ratusan isi rumah terjejas

JAKARTA – Hujan lebat berterusan mencetuskan banjir besar di ibu negeri wilayah Sumatera Barat, Padang, yang menyaksikan air beberapa sungai melimpah, semalam.

Pemerintah Kota Padang memaklumkan bahawa banjir menenggelami kawasan kediaman di beberapa daerah meliputi Koto Tangah, Kuranji serta Nanggalo menyebabkan pasukan tindak balas kecemasan bersama digerakkan.

“Keutamaan serta-merta ialah memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan kepada semua penduduk yang memerlukan, di samping mengekalkan penyelarasan rapat dengan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) untuk sokongan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Berton Panjaitan, berkata kira-kira 225 isi rumah terjejas akibat banjir berkenaan, menurut laporan Liputan6, semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, beliau dipetik berkata, angka itu adalah data awal memandangkan penilaian di lapangan masih dijalankan.

Katanya, maklumat mengenai kehilangan nyawa serta kerugian harta benda pula masih dalam proses pengesahan, dengan paras air belum surut setakat malam tadi.

Rakaman udara yang diterbitkan agensi berita Antara menunjukkan air sungai yang deras dan berlumpur melimpah ke kawasan perumahan berhampiran di Lubuk Minturun.

Selain itu, banjir meluas melitupi jalan raya, kawasan lapang dan deretan rumah, selain menyebabkan beberapa bangunan separa tenggelam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *