Pekerja harus berani lapor majikan gagal laksana gaji minimum

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow

PIHAK pekerja harus berani pertahan hak mereka dengan melaporkan majikan mereka yang gagal patuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) kepada pihak berkuasa.

Sebanyak 204 majikan di seluruh negara gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 yang menetapkan kadar gaji bulanan sekurang-kurangnya RM1,700, hasil 28,259 pemeriksaan sehingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah mengeluarkan notis pematuhan kepada majikan terbabit supaya mengambil tindakan pembetulan terhadap pelanggaran berkenaan, katanya dalam jawapan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, pemeriksaan itu melibatkan majikan daripada pelbagai sektor termasuk perniagaan mikro bagi memastikan pematuhan terhadap perintah yang berkuat kuasa sejak 1 Februari 2025.

Perlu diingatkan kadar gaji minimum akan dinaikkan lagi daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan seperti yang telah diumumkan didalam Belanjawan 2027 baru-baru ini.

Pihak kerajaan juga akan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerjaan separa mahir sebagai sebahagian daripada pembaharuan kerangka pendapatan pekerja.

Keputusan untuk menaikkan kadar gaji minimum ini dapat memastikan setiap pekerja dalam negara kita dapat menikmati kehidupan yang selesa serta dapat menampung peningkatan kos sara hidup dan suasana ekonomi yang semakin mencabar akibat daripada keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu dan perang yang berlaku di Timur Tengah antara Amerika Syarikat dan Iran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Namun, pihak kerajaan perlu melakukan proses pemantauan yang ketat terhadap proses pelaksanaan kadar gaji minimum baru ini kelak.

Ini adalah amat penting bagi memastikan tiada majikan yang ingkar untuk melaksanakan kadar gaji minimum berkenaan dan tiada pekerja yang dinafikan hak mereka untuk menerima gaji minimum selaras dengan pengumuman yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui proses pembentangan Belanjawan 2027.

Untuk rekod, terdapat pelbagai isu yang melibatkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) dalam negara kita sebelum ini dimana ada sesetengah pekerja yang mengadu majikan mereka masih belum sudi untuk melaksanakan Perintah Gaji Minimum (PGM) serta aduan daripada pekerja berhubung tindakan sesetengah pihak majikan yang memotong elaun dan pengurangan faedah sedia ada bagi mengurangkan kos kenaikan gaji minimum baharu.

Semua isu berbangkit ini perlu dipandang serius dan disiasat dengan segera bagi mengelakkan timbulnya masalah lain serta mencetuskan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] perlu dilakukan.

Mengikut Seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] “gaji minimum” ertinya gaji pokok yang akan ditetapkan atau sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 23 Akta 732. Gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum (PGM).

Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

Perintah Gaji Minimum (PGM) ini terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik.

Mengikut Seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] “kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja.

Ia juga meliputi kontrak perantisan melalui pindaan yang telah dilakukan terhadap Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] beberapa tahun yang lalu.

Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana – mana pihak majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) ini.

Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] jelas menyatakan “Majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap pekerja”.

Seksyen 44 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] juga memperuntukkan bahawa;

“(1) Jika seseorang majikan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 43, mahkamah yang di hadapannya majikan itu disabitkan boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar (a) perbezaan antara kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum dengan gaji pokok yang dibayar oleh majikan kepada pekerja, termasuk perbezaan yang belum selesai dibayar; dan (b) bayaran lain yang terakru daripada pengiraan gaji berdasarkan gaji pokok yang hendaklah mengikut kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum.

(2) Pengiraan perbezaan dan bayaran lain yang terakru di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Jika seseorang majikan tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah, atas permohonan pekerja, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi perbezaan dan bayaran lain yang terakru di bawah subseksyen (1) mengikut cara yang berikut:

(a) secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/80] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah itu; atau

(b) mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]”. Pelbagai jenis hukuman lain yang boleh diberikan terhadap majikan seperti yang termaktub dibawah Seksyen, 45, 46, dan 47 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].

Oleh itu, pihak majikan perlu memandang serius terhadap pelaksanaan kadar gaji minimum ini dalam negara kita. Jika tidak, tindakan keras mengikut peruntukan undang-undang sedia ada boleh dikenakan kepada mereka.

Mana-mana pekerja yang merasakan diri mereka teraniaya serta tidak mendapat hak yang sepatutnya selaras dengan pengumuman kadar gaji minimum ini perlu dapatkan bantuan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dan membuat aduan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja dan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara, Kementerian Sumber Manusia dengan segera.

Dr. Muzaffar Syah Mallow, Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *