Nazri Aziz nafi ‘pusingan U’, sedia tanding PRU16

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan hasratnya untuk kembali bertanding di Parlimen Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai satu tindakan ‘pusingan U’.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen berkenaan selama 19 tahun menegaskan, keputusan beliau bertujuan merampas semula kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) yang kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan FMT, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, keputusan untuk kembali ke gelanggang pilihan raya dibuat susulan kegagalan parti mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15, selain mahu mengembalikan maruah UMNO selepas tewas di parlimen itu serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, kekalahan itu membabitkan dua kerusi DUN Lubok Merbau dan Chenderoh, sekali gus mendorongnya untuk berusaha mengembalikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kita kalah 3-0. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Cuma sekarang mahu merampas semula kerusi itu untuk BN,” katanya.

Mohamed Nazri yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Ameriksa Syarikat (AS) berkata, hasratnya untuk bertanding semula sudah dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas dakwaan beliau membuat perubahan pendirian selepas mengumumkan persaraan daripada politik lima tahun lalu, ahli politik veteran berusia 72 tahun itu menjelaskan, keputusannya tidak mempertahankan kerusi Padang Rengas pada PRU15 bukan kerana mahu berundur daripada politik.

Sebaliknya, beliau ketika itu sedang melalui proses pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke AS yang hampir dimuktamadkan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, keputusan memberi laluan kepada muka baharu turut dibuat ketika UMNO berdepan tuntutan supaya lebih ramai calon muda diketengahkan, menyaksikan kerusi Padang Rengas ditandingi Ketua Pemuda UMNO Padang Rengas ketika itu, Ariff Majid.

Bagaimanapun, selepas kekalahan pada PRU15, hasratnya untuk menyerahkan kepemimpinan UMNO Bahagian Padang Rengas kepada Ariff tidak kesampaian apabila pemimpin berkenaan enggan menawarkan diri dalam pemilihan parti.

Mohamed Nazri berkata, beliau kemudian mengemukakan pencalonan sendiri dan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, jawatan yang masih disandangnya sehingga kini.

“Saya mahu memberi laluan tetapi orang saya harapkan mengambil alih tidak mahu. Sebab itu saya kata tidak membuat pusingan U. Keadaan berlaku menyebabkan saya masih memegang jawatan ketua bahagian,” katanya.

Pada Ogos 2021, Mohamed Nazri yang ketika itu berusia 67 tahun mengumumkan persaraan daripada politik dengan alasan sudah tiba masa generasi baharu mengambil alih kepemimpinan.

Beliau yang pernah menjadi menteri di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu era Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, mewakili Padang Rengas selama empat penggal dari 2004 hingga 2022. Sebelum itu, beliau adalah Ahli Parlimen Chenderoh selama dua penggal bermula 1995.

Pada Februari 2025, selepas menamatkan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke AS, Mohamed Nazri pernah menyatakan hasrat untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi PRU16 dan bukannya kembali bertanding sebagai calon.

Mengulas sama ada pendiriannya terhadap Anwar berubah susulan perkembangan kerjasama UMNO-PAS ketika ini, Mohamed Nazri menegaskan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri tidak bermakna beliau boleh membelakangkan keputusan parti.

Katanya, beliau akur sekiranya UMNO memutuskan tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU16.

“Ini bukan soal saya berubah hati. Bukan hari ini cakap lain, esok cakap lain. Saya tetap berkawan dengan Anwar. Tetapi dalam soal pilihan raya, keputusan parti mesti diutamakan kerana saya orang parti,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *